Sunday, April 26, 2009

Renungkan wahai anak-anak Adam & Hawa

Jika seorang lelaki itu kuat imannya,kuat hatinya dan taqwanya kepada Allah,dia tidak akan sesekali menghindari dirinya dari mencintai wanita kerana Allah.Seorang lelaki tidak mungkin akan berjaya tanpa kehadiran seorang insan bergelar wanita iaitu ibu mahupun isteri.Oleh itu,wanita ialah insan yang seharusnya dihargai dan dikagumi.Tangan yang memegang buai itulah yang mampu mengoncang dunia.Sekuat mana pun seorang lelaki,namun tidak mampu menandingi kekuatan seorang wanita.Dalam al-Quran juga berkata bahawa selepas Allah dan Rasul,orang yang sepatutnya kita manusia taati ialah ibu.Ibu adalah seorang wanita yang banyak berjasa dan berkorban untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik.Hargai lah wanita-wanita disekeliling anda.Janganlah membiarkan mereka menangis.Titisan air mata wanita itu terlalu berharga dan hormatilah wanita.Sesungguhnya mereka adalah penyeri kehidupan kurniaan Tuhan.

No comments:

Post a Comment